Sambal Goreng Pengantin - Pesan sekarang

Sambal Goreng Pengantin

Bayangkan ketulan tempe, tauhu, udang dan paru yang dipotong kiub, kemudian digoreng dengan perapan ramuan istimewa sebelum ditumis bersama cili giling dan rempah campuran berserta hirisan lada merah, lada hijau dan petai. Dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, ketupat, lemang dan lontong untuk dinikmati seisi keluarga dan sanak-saudara. Pedas, rasa lemak manis dan sedap, itulah keistimewaan sambal goreng pengantin dari Bayville Kitchen.

Kini boleh dinikmati semua, tanpa perlu menunggu menjadi pengantin dan amat sesuai dijadikan hidangan yang disimpan dalam peti ais sejuk beku sekiranya anda tidak rajin memasak di rumah.

Harga

  • Kecil (200 g) = RM 15.00
  • Besar (1 kg) = RM 70.00

Penghantaran

Untuk maklumat lokasi dan anggaran caj penghantaran, klik Penghantaran.

Pesan Sekarang

Jangan tunggu sampai esok. Klik Buat Pesanan untuk membuat tempahan.

Ulasan Anda

Kepuasan anda menjadi keutamaan kami, tinggalkan ulasan anda tentang masakan kami dan tekan ‘like’ jika anda suka dengan menu ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.